BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 21, 2011

CHENTA TEMAN


Kisah cinta kawan-kawanku.Sebilik denganku.Sekelas denganku.Seperjuangan denganku.Bila cinta mula menapak kau mula goyah.Hati yang beku mulai sayu.Senyuman manis mulai terukir.Bibir sang pencita mula mengaturkan ayat-ayat cinta.Keegoan diri menjadi tidak tentu hala.Ingin dikekalkan atau ingin dibiarkan.Kau mula runsing.Dalam kerunsingan kau termenung riang.Menantikan setiap jawapan sang hawa.Kau rela berkorban demi cinta.Biarlah rakan-rakan berkata apa,manusia tiada yang sempurna.Kau terima dia seadanya.Kerna apa?Kerna yang penting kau bahagia.

*SUDUT DIRIKU*
"Naz!Nanti kau dah bercinta ko tau la mcm mne!"Ayat yang sering bermain di telinga ku.Namun ku ketawa dalam diam.Kadang kala tidak dapat menahan.Mereka memandang ku hairan.Seakan mengerti dan memahami definasi cinta.Cinta itu bukan titian  malah ia adalah jambatan.Dari satu hati ke satu hati.Kukuhnya jambatan itu terletak pada asas pembinaan itu sendiri.Jika kasih yang kau ungkapkan maka terjawablah soal hati.Jika janji yang kau berikan maka ranaplah isi hati.Saban hari ku menunggu cinta.Tapi telah ku tetapkan dalam diari ku ini bahawa fasa cinta akan muncul.Bukan kini tapi nanti.

*DALAM DIAM*
Seorang gadis melayu.Senyumannya.Membuatkan ku tersenyum sendiri.Dikala sedih mahupun dikala riang.Dia cuba untuk tidak berkata.Bibir membeku bagaikan disantau.Ku lupa aku alpa.Dia sudah berpunya.Ku fikirkan diriku cukup sempurna untuknya.Alangkah indahnya dunia jika hatimu bisa ku genggam erat.Namun itu angan semata.Jangan kata aku tidak pernah mencuba.Perasaan aku hilang dalam kelam tetapi aku diam kerna hatiku mencintai hatinya.

Bumi seakan berhenti berpusing seketika.Menunggukan kite bersama.Biarlah hari berganti hari.Biarlah menjadi ejekan rakan.Aku tetap aku.Cintaku tetap padamu.Tetapi untuk membina mahligai tidak pasti.Kerna kamu dengan duniamu.Aku dengan mimpi khayalanku.Berbekalkan semangat yang tidak putus,aku mulakan langkah.Mencari hati yang bisa ku isi dengan kasih pautan namaku.

*KEMBALI KE CINTA TEMANKU*
Seorang pergi seribu menanti.Cahaya yang hilang bertukar ganti.Bagaikan tidak terasa kehilangan kekasih lama.Kesedihan dirawat secara ansuran.Bukan mudah untuk menghapuskan kata cinta.Bukan mudah untuk bercinta lagi.Tetapi inilah realiti.Hidup perlu diteruskan demi kebaikan bersama.Kegembiraan menemukan cinta baru melahirkan vaksin.Beruntunglah wanita itu jika dia dicintai dengan sepenuh hati oleh seorang lelaki.Dan rugilah wanita itu jika dia mencintai seorang lelaki itu dengan sepenuh hati namun lelaki itu tidak membalas cintanya itu.

Kepada teman-teman!Selamat bercinta!Selamat pagi cinta!Selamat malam cinta! :D

Jika kau mencintai seseorang itu,cintailah sesungguhnya.Jika kau benci seseorang itu,bencilah hasutannya.Kerna apa?Kerna dia bisa membuatkan kau jatuh cinta padanya.Dan hasilnya kau akan mencintai dia sesungguhnya.
Aku menulis bukan kerna ku jatuh cinta atau ku sempurna.Aku tulis hanya semata nota.Indanya cinta kerna kau dan dia ada.Karekter hero dan heroin kau yang punya.Berlakonlah sebaik-baiknya.Hayatilah skrip yang diberi.Penuhi watakmu dengan senyuman dan gelak tawa.Lupakan segala sengketa.Lambat laun akan terhasilnya cinta mega.

6 comments:

  1. kata kata yang indah
    btw ada cita cita nak jadi penulis ke pl charlie?
    haha
    btw good luck dgn cinta pl tu ^^

    ReplyDelete
  2. Cinta itu luas tema nya.cinta kepada kekasih,cinta kepada ibubapa,cinta kepada kawan kawan,cinta kepada rakan seperjuangan.cinta itu seluas lautan.mungkin lebih luas dari itu.namun,ketahuilah cinta teragung hanya milik Sang Pencipta.cintai dan hargailah kpd mereka yg mencintai diri kamu kerana itu lebih bermakna :)

    ReplyDelete
  3. haha.cite2??haha.insyAllah klau de kesempatn wktu ats kpal nnti.thnks alifah! ;)

    ReplyDelete
  4. yar ryn!cinta tu abstrak..cinta kepadaNya cinta agung ;)btw ryn da msuk yar stdy?gd luck k from naz :P

    ReplyDelete
  5. u're welcome!
    kalau pl keluar buku ke cerpen ke apa..
    roger2 la saya..

    ReplyDelete