BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 12, 2012

KINI KU KEMBALI DENGAN SENYUMAN ;)

Kini ku kembali selepas lama pergi. Pergi meninggalkan kamu sendiri. HAHA. Senyuman mengiringiku kembali. Indah bukan sesuatu senyuman itu. Jika senyuman ini dibalas dengan senyumannya keindahan terukir. Itu yang pasti.
Masa berlalu dengan pantasnya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna. Apa yang dirancang telah dilaksanakan. Mungkin tidak sempurna namun berasa atas titian yang nyata. Graduasiku selesai sudah! Syukur ke hadrat ilahi. Kini dalam mode standby. Menunggu waktu untuk berangkat. Beredar dari darat yang dipijak dan menuju ke lautan cinta.


GIGI!HAHA
Jalanku belum berakhir lagi. Kelak banyak lagi duri yang menunggu. Ku berdoa padaNYA agar permudahkan urusanku di dunia mahupun akhirat insyAllah. Thanks to my parents for supporting me all these years! Love AYAH N IBU :) Tidak dilupakan jua kakakku n adikku. Kawan-kawan! Love u all! Naik n turun kita bersama. Tak jemu jemu support backbone ku. HAHA!
Beloved Ibunda
*Anyway post lepas ni nak cerita perjalanan rayau rayauku di Penang! Yeah! HAHA. Salam semua! :) pssssttt to her!teman baikku di sana.jauh di mata dekat di hati iyak!

Tuesday, February 21, 2012

AWAK AWAK!ALAM TU APE?

AWAK AWAK!ALAM TU AKADEMI LAUT MALAYSIA LA AWAK.HAHA!UNTUK KETERANGAN LANJUT LAYARILAH www.alam.edu.my IYAKKKK :) *peringatan keras kpade sume kt luar sane..ALAM bukn tuk melahirkan tentera2 laut atau NAVY yarrr..tpi melahirkan pedagang2 kapal..dorg2 yg involve dlm bisnes cargo..camtulah.HAHA*


Kisah dia camni. Aku time tu baru je lepas SPM. Then mohon la ALAM. Result keluar mmg hancus berjus disukai ramai. So tunggu punya tunggu tawaran. X smpai2..so decide msuk form 6 dulu.. Then alhamdulillah dpt jua ALAM.. Masuk dengan senang hati.. Kos 3 tahun.. Sponsored by MISC (Malaysia International Shipping Corporation) *www.misc.com.my*. First year as junior cadet kat ALAM. Then second year praktikal kt laut. Third year back to ALAM as senior cadet. Bgitulah perjalan hidupku di ALAM.. First year gamba kt ALAM da hilang mane tah.. Second year pun ilang jua dimamah virus hard disk.. Third year je adee.. :P


First year. Letih sebab malam2 selalu wt senaman tambahan bersama senior trsayang. HAHA! 
First year kt ALAM mmg perit gak. Tapi ok laa..suam2 boleh makan lagi.. Kenangan demi kenangan terukir. Semua akan ku ingati.


Di manakah ku? Carik-carik! HAHA *third year*


HAHA. candid! 
Raye atas kapal *kapal keduaku PUTERI FIRUS. 6 bulan bersamanya..piring astro kt belakang interframe.HAHAH!*
Raya di kapal sama sahaja seperti raya di rumah. Tatkala keliling bunyi mercun dan bunga api bergema..di sini pula hanya lagu-lagu raya. Yang penting kuih raye mesti ade! YUM YUM! HAHA.. org trsayang je la tiada di sisi. *Demi kerjaya kan akan ku tempuhi dengan tenang*

First ship SERI ANGGUN. 6 bulan ku bersamanya..
Anyway praktikal ku hanya pada kapal LNG (LIQUEFIED NATURAL GAS). Kapal gas dlm bentuk cecair gitoo. Sebenarnya MISC ade jua jenis kapal-kapal yang lain seperti chemical tanker..kapal bwak chemical..First ship SERI ANGGUN jalan2 europe. Second ship PUTERI FIRUS jalan BINTULU-JAPAN. Senang kata loading (kasi masuk LNG) kt BINTULU...then blyar ke JAPAN *byk port2 kt jepun* untuk discharge (kasi anta LNG). Then patah balik ke Bintulu dengan dan menjalani proses same dan seterusnya...InsyAllah nanti lepas grad ku akan trus lekat ngan kapal LNG dan kerja untuk company ini *da sign kontrak kan.xley larila.haha!*


Apa ku lakukan atas kapal??


Biasanya ku 24 jam memancing..tulah kerja ku..HAHA! Ok..ku brief je la k.. :)
Ku kat ALAM amik diploma in nautical studies. So basicly ku navigate kapal *bawak kapal* dari satu port ke satu port dngan selamat dengan supervision CAPTAIN *ORG TUA* atas kapal. Selain itu ku membantu Pegawai Pertama *chief officer* dalam cargo operation *kene mengena ngan LNG yang ku sebut kt atas*...


Rank atas kapal. Perjalanan hidupku..
Sekarang bwah third officer ade forth officer. InsyAllah itu rank yang ku akan tempuhi dahulu. Lepas tu pelan2 kayuh naik.. Sebelum ni mase praktikal ku deck cadet *lowest rank.baru2 nak belajar.haha!* Doakan ku yar sume! InsyAllah :D


Ingin ku kongsi gambar2 hasil snap captain firstku *ade pkai effect rasenye* *CREDIT TO CAPTAIN OLEKSIY*..such a beautiful pictures from him.. :P


Funnel kebanggaan company ku. MISC :P

Begitulah awan nano...

Di anjungan kapal. *Yang rantai tu rantai sauh iyak*

Itu lifeboat namanya. Incase kecemasan boat itu digunakan. *ingat lagi kisah TITANIC??di kala kapalnya mahu karam..tapi dlm movie tu opened lifeboat.trbukak gitoo*

Atas deck saat sunset :D


OMBAK RINDU :P


AWAN MENEMANI MATAHARI :)




Ok sume! Kalau ade ape2 nak tanye bley tnye ok! Pasal Alam ke ape ke or trus ke website ALAM. Apedehal :) Yang baik dr Allah,yg jahat nakal2 dr saye :)


Uniform grad menunggu untuk dipakai oleh tuan baju..HAHA!
Alhamdulillah final year exam da tamat. Oral COC (certificate of competency) bersama Jabatan Laut Malaysia uda ku tempuhi dgn sebaiknya. TIdak sabar rasanya grad kelak 24/03/12 insyAllah..


:) *abaikan perkataan navy.haha*

Monday, February 20, 2012

TAKDIR CINTA *post lamalama*

aku sedih melihatmu tertawa.kerna apa?kerna takut ini mungkin terakhir kalinya ku melihatmu begini.
aku tidak mahu menyayangimu.kerna apa?kerna cinta di dalam hati ini belum sepenunhnya ku luahkan.

dua hati menjadi satu.menjadi pasangan.menjadi kenyataan.terciptalah senyuman.tetapi di sebalik senyummu terukir kepedihan.kepedihan jiwa.tindakanmu menyembunyikannya.tanpa diketahui sesiapa.termasuk diriku.diriku?siapakah diriku disampingmu?pantaskah aku menjadi teman hidupmu sedangkan kamu hanya berdiam diri.tidak mahu mengongsi kesusahan bersama.mana janji-janji yang telah kita bina?

semuanya bersama.senang bersama.susah bersama.ketawa bersama.menangis bersama.ku bersumpah kita mati pun bersama.

teman-teman kita.di depan tersenyum,di belakang terdiam cemburu.mulut orang.siapa yang tahu.kata-kata nista padamu membuatku semakin berani.berani menegakkan kebenaran.niat di hati ingin membantumu.tetapi atas dasar apa ku melawan?cinta atau kasihan?hanya satu permintaanku.ceritakan segalanya kasih.ku bingung.

pagi itu indah seperti biasa.selimut seperti tidak mencukupi membalut diriku.kedinginan malam menjadi peneman.raut wajahmu menjadi bayangan.selamat pagi cinta!dalam tidak kusedari ku tersenyum sendiri.kadang kala ingin tergelak sesekali.sebabnya?ku tidak pasti apa benar kau cinta padaku.adakah sekadar ingin membalas ayat-ayat cintaku.jika opera cinta kau lemparkan,aku la pelakonnya yang pada realitinya ku benar cinta padamu.lautan mejadi pentas cinta.pantai menjadi penunggunya.biarlah sang suria menjadi saksi kita.kasih,ruang di hatimu milik siapa??kau terdiam seribu bahasa.tiada lidah tiada kata.aku hanya menanti jawabmu.kau berpaling terus pergi.begitu cepat masa berlalu.kau rebah tanpa sambutan.barangkali sakit rasanya.badanmu seolah olah ditiup sang angin.bagaikan gugurnya daun kering.mataku ibarat petir.lebih laju dari bunyinya.terus tertumpu padamu.kau tidak berdaya.

kini terhampar kebenaran.kau sakit.kau beruntung kasih.kerna kau dikalangan manusia bertuah.yang tahu kapan kau akan meninggalkan dunia.manusia lain?rugi.mereka menanti saat-saat degupan jantung terakhir.dunia ini dunia persinggahan semata.cinta padaNya seagung-agung cinta.aku termenung jauh.sakit penyebabnya.adakah kerna ini menggugat cintamu padaku?ingin melihatku bahagia bersama insan lain diberi nama wanita.aku mahu cintamu.tanpamu ku merana.ingatlah kasih!kau cinta pandang pertamaku.dan akan ku pastikan kau yang terakhir.ingin ku pelajari setiap tanda-tanda kelahiran di setiap sudut badanmu.ingin ku membuat nota setiap kesukaaan dan bencimu.ingin ku hafal setip mimik mukamu.ingin ku melihatmu pada pandangan pertama di saat burung berkicauan memanggil diriku.di saat ku bukakan mata ini.dan ingin ku melihatmu pada pandangan terakhir di saat bintang bermain dengan cahayanya.di saat ku lelapkan mata ini.

dua pilihan.dimulakan dengan takdir,diakhiri dengan kebahagiaan.dimulakan dengan takdir,diakhiri dengan kesengsaraan.yang mana pilihanmu?kamu terdiam terpaku.aku juga begitu.

ideas by dayangku "eeeeeeeeeeeee~~"
done by naz "heeeeeeeeeeee~~"

KAU PERGI JUA *kerjasama bersama puteri*

Dayangku
Kekasihnya pergi..bukan kerna cinta..ajal menjemputnya..merana kerana sakit..
Lelaki itu merana gila..nangis kerana sayang..
Namun tidak ada penyesalan..yang ada hanya keredhaan..

Aku
Kekasihnya kembali..kerna cinta..kata hati menggerakkan jiwa..
Lelaki itu gembira dalam tangisan..air mata itu terselindung cerita cinta..
Namun penantian membuatkannya penat..dia sedari tanpa pengorbanan,cinta hanya boneka..

Aku terdiam.Dayangku tersenyum.Kesudahannya KAU PERGI JUA!!

Tumin dan Tiara.Tiara dan Tumin.Tiada bezanya.Keduanya pelakon utama dalam drama cinta.Ikatan qaseh membuatkan mereka gah.Siapa sangka cinta monyet menjadi cinta raksasa.Habis binasa manusia yang menghalang cinta mereka.Bagaikan raksasa meremukkan manusia dusta.Sedangkan lautan dalam sanggup mereka redahi.Inikan pula sang manusia yang memberikan komplikasi.Hari berganti hari.Bulan bersilih ganti.Begitu senangnya masa berlalu pergi.Begitu indah jua cinta kedua merpati putih ini.Patah sayap di udara maka diubati di udara jua.Tiada kesempatan waktu untuk singgah ke hamparan bumi seketika.Semakin hari semakin sayang.Semakin sayang semakin qaseh.Biarlah qaseh menentukan arah hidup mereka.

*FLASH BACK*

Senyuman menemani pertemuan pertama.Kata-kata yang ingin dikeluarkan dari bibir dijaga rapi-rapi.Malu tapi mahu.

"Selamat malam cinta!Indah sungguh bulan malam ni kan???"si lelaki menerjah.
"Cinta ngok ngekmu!Aku rela bersama sang matahari"si gadis menerpah lembut.
"Aik?Mengapakah..??Bukankah bulan memberi cahaya pabila kamu keseorangan dalam kegelapan?Hmmmm..namaku Tumin..kamu??"si lelaki meneruskan perbualan.
"Tumin???Cantik sungguh namamu itu..asalmu??"si gadis ketawa sinis.
"Asalku Pulau Kura-Kura..sebentar..namamu?????"si lelaki mahukan jawapan.
"Ouh..namaku Tiara..puteri kepada Wak Sowattudu penghulu Pulau Rama-Rama.Anak bongsu dari 12 adik beradik.Maknanya aku paling manja.Sekali kamu mengganggu perasaanku selamanya kamu akan merana!"si gadis menjelaskan panjang lebar.
"Ouh ea??Ok.."si lelaki tergelak rapi.

Pertemuan pertama bukan bermakna akan adanya pertemuan kedua.Apa itu cinta?Barangkali itu soalan lapuk.Namun ingin ditegaskan di sini cinta hadir dalam pertemuan pertama saat mata bertentang mata.Bukan kali kedua mahupun ketiga.Jilka berulang kali bertemu seterusnya berputiknya cinta itu hanyalah mainan jiwa.Cinta pandang pertama merungkaikan segalanya.

*FLASH BACK BERSAMBUNG*

"Sebenarnya dikala ku berdiri ini sebenarnya ku jatuh."si lelaki menyambung katanya.
"Maksudmu apa?"si gadis tertanya-tanya.
"Ku jatuh cinta padamu di waktu ini di saat ini."si lelaki mejawab perlahan.
"Kamu benar-benar gila!Aku baru mengenalimu!"si gadis menepis lalu pergi.
"Bagaimana dengan harapanku?Ingin mencintaimu?"si lelaki bertanya dengan ghairah.
"Cintailah aku kerna hatiku,bukan kerna hatimu.Itu saja."si gadis menjelaskan.
"Maksudmu apa??"si lelaki hairan.

Tiara bingung sementara.Tumin menantikan jawapan namun Tiara menetapkan pendirian untuk terus pergi tanpa pusing menyepi.Biarlah masa menentukan.Jika mata direnung kembali nanti itulah jodoh namanya.Jika tidak biarlah ia menjadi sketsa cinta sang naga.Kekuatan cinta melahirkan perasaan suka.Di saat kau suka  ada yang kecewa.Di dalam kekecewaan dia pasti ingin bangkit dan terus berlari.Mengukir cinta yang baru.

Mengerti cinta bukan bererti kau arif tentangnya.Ia adalah satu elemen yang bisa membuatkan lelaki hilang keegoan.Membuatkan wanita hilang kepercayaan.Malah membuatkan mereka hilang tujuan.Jangan biarkan kenangan indah membuatkan kau kaku lalu bisu.Jika dia bukan untukmu,teruskan melangkah.Dalam coretan cinta,si dia pasti menantimu di hadapan.

DALAM DIAM AKU JATUH *DAH POST DULU TAPI HILANG!PELIK!HAHA*

Dari kenalan ke sahabat. Dari sahabat menjadi akrab. Dari keakraban menghasilkan kasih. Dari kasih terciptanya cinta. Dari cinta kita bersama. Dari saat ini dan selamanya.

Bulan dan bintang membaca fikiranku. Bagaikan tahu aku kesunyian. Menemani malamku tanpa seribu alasan. Siapa sangka aku sendirian tanpa peneman. Kamu di sana aku di sini.

Maaf dihulur jika aku melukakan hatimu. Menolak cintamu bukan kerna ingin mempermainkan perasaanmu. Tetapi niat di hati ingin menjadikan kamu kawan sejati. Kau berubah membuatkan aku teruja. Kemanisan iman membuka mataku. Keayuanmu mula menambat hatiku ditambahkan lagi dengan senyuman ikhlasmu itu. Hak manusia sebagai sang peluah tiada salahnya. Namun bergantung pada penerima cinta itu. Cinta ditolak tidak bererti tidak diterima selamanya. Biarkan bumi berputar dan terus berputar. Indahnya dunia pabila kehilangan masa bagaikan tidak terasa. Ku yakin cinta akan berputik sebentar lagi. Bukan kini tapi pasti nanti.

Lara hatimu tiada siapa yang tahu. Kesedihan dimamah seorang diri. Kadang kala aku rasa bersalah. Mengapa aku menjadi pelakon cintamu itu? Memang benar katamu itu tiada sebab untuk bercinta. Itu menghuraikan segalanya.

Dulu kau pernah berkata. Jika keseorangan ku perlu memanggil dirimu. Tapi pabila saat itu tiba ku lihat kau gembira bersama si dia. Si dia yang mengukir setiap lekuk di bibirmu. Senyum dan sedih hanya si dia puncanya. Mungkin tatkala kau senyum ku tumpang gembira. Namun kesedihanmu kesedihan ku juga. Ingin ku berjenaka namun gentar bakal membawa padah. Dari itu berlaku ku membuat keputusan untuk tidak bersuara. Diam seribu bahasa. Dalam hati ini ku menghitung hari menunggu agar kau senyum kembali.

Hari berganti hari. Kita semakin meninggi. Namun perasaan tersusun sepi. Ku fikirkan kau sudah tiada dalam kamus cintaku. Ingin ku pergi membawa diri. Dengan niat mencari yang abadi. Tiba-tiba panggilan di telefon membuatkan ku runsing. Kadang-kala terasa pening. Namamu terpahat di kaca telefon. Ku kira kau sudah bahagia. Sudah mencapai noktah terakhir. Tetapi sebaliknya. Kau meminta nasihat dariku. Apa yang perlu kau lakukan untuk mengubah segalanya. Kerna kau hampa. Gagal dalam permainan cinta. Suka menjadi duka. Lantas kau bersuara. Duka dan terus sengsara.

Klimaks cerita bermain di minda. Tidak salah untuk ku menyangka. Ketika itu kau tunduk mendiamkan diri. Seperti tidak percaya cinta telah bersemi. Hari sebelum ini tidak sama dengan hari ini. Kerna dengan lafaz bismillah ku akan menikahi. Bermula dari saat ini. Kau dan aku bersama selamanya. Mungkin kau lupa bagaimana kita berjumpa. Mata bertentang mata. Dari situ timbulnya cinta. Tiada kata dapat pisahkan kita. Ku mulai percaya. Satu hari jika Allah mengizinkan masa. 

Atas restu Allah ku ingin milikimu! *ayat mumui.thanks to her!:D*

HILANG SUDA!

DALAM DIAM HILANG SUDA POST KU *DALAM DIAM KU JATUH*. TOLONG JANGAN CURIK. HAHAHAHAHA!

Sunday, February 19, 2012

SINGGAH SINGAPURA

Pandangan dari kapsul Singapore Flyer.
Dan sebenarnya perasaan ini sebenarnya cinta. Dendangan Yuna menemaniku tika ku melihat awan. Cantik tidak terperi. Tiada kata dapat menghurai keindahan semulajadi itu.

Dah berminggu dah ku di Singapura. Tapi sekarang baru nak cerita. Saja-saja untuk tatapan semua. Ku lahir di sini namun membesar di Malaysia. Suasananya sama walau berbeza sedikit culture nya. Singapore Flyer ni macam Eye On Malaysia. Pusing-pusing kepala pening gitoo.

Kapsul Singapore Flyer

Jalan di sini amat meriah walaupun letih memayungi diri. Jalan-jalan di rumah saja suda buat ku letih apatah lagi di luar. Hmm..hayatilah pengembaraan ku ini melalui gambar-gambar yang ku saji. Kerna gambar menghuraikan segalanya.haha


Suasana di laut. Ternyata banyak kapal terdampar di sana.

Menyendiri lagi.haha

Jambatan yang menghubungkan Singapura dan Sabah. :P

Karya unik yang ku jumpa dalam Muzium Patterns of Trade.

Kata singgahsana

The Tang Shipwreck. Bahan-bahan yang dijumpai di kala kapal itu karam di lautan.


Wow.ape tuh? -.-"
Cawan emas dulu-dulu kali :P
Apakah ini?hamba lupa..

Kena mengena ngan adat istiadat perkahwinan rasa hamba..hmm
BATAK!

Al-Quran
Karya menarik berserta tulisan ayat.
Sebenarnya di Singapura terdapat banyak tempat lain untuk dilawati dan telah pun ku lawati sebelum ini. Sebagai contoh Universal Studio Singapore(USS) ,Arab Street ,Sentosa dll. Pusing-pusing jelah. Sesat anda tetap berada di Singapura jugak. Kecik je kan Singapura tapi sesak. Apa-apa pun jika nak datang Tanah Singa ini ajak saya sekali! Ok! HAHA :P