BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 20, 2012

KAU PERGI JUA *kerjasama bersama puteri*

Dayangku
Kekasihnya pergi..bukan kerna cinta..ajal menjemputnya..merana kerana sakit..
Lelaki itu merana gila..nangis kerana sayang..
Namun tidak ada penyesalan..yang ada hanya keredhaan..

Aku
Kekasihnya kembali..kerna cinta..kata hati menggerakkan jiwa..
Lelaki itu gembira dalam tangisan..air mata itu terselindung cerita cinta..
Namun penantian membuatkannya penat..dia sedari tanpa pengorbanan,cinta hanya boneka..

Aku terdiam.Dayangku tersenyum.Kesudahannya KAU PERGI JUA!!

Tumin dan Tiara.Tiara dan Tumin.Tiada bezanya.Keduanya pelakon utama dalam drama cinta.Ikatan qaseh membuatkan mereka gah.Siapa sangka cinta monyet menjadi cinta raksasa.Habis binasa manusia yang menghalang cinta mereka.Bagaikan raksasa meremukkan manusia dusta.Sedangkan lautan dalam sanggup mereka redahi.Inikan pula sang manusia yang memberikan komplikasi.Hari berganti hari.Bulan bersilih ganti.Begitu senangnya masa berlalu pergi.Begitu indah jua cinta kedua merpati putih ini.Patah sayap di udara maka diubati di udara jua.Tiada kesempatan waktu untuk singgah ke hamparan bumi seketika.Semakin hari semakin sayang.Semakin sayang semakin qaseh.Biarlah qaseh menentukan arah hidup mereka.

*FLASH BACK*

Senyuman menemani pertemuan pertama.Kata-kata yang ingin dikeluarkan dari bibir dijaga rapi-rapi.Malu tapi mahu.

"Selamat malam cinta!Indah sungguh bulan malam ni kan???"si lelaki menerjah.
"Cinta ngok ngekmu!Aku rela bersama sang matahari"si gadis menerpah lembut.
"Aik?Mengapakah..??Bukankah bulan memberi cahaya pabila kamu keseorangan dalam kegelapan?Hmmmm..namaku Tumin..kamu??"si lelaki meneruskan perbualan.
"Tumin???Cantik sungguh namamu itu..asalmu??"si gadis ketawa sinis.
"Asalku Pulau Kura-Kura..sebentar..namamu?????"si lelaki mahukan jawapan.
"Ouh..namaku Tiara..puteri kepada Wak Sowattudu penghulu Pulau Rama-Rama.Anak bongsu dari 12 adik beradik.Maknanya aku paling manja.Sekali kamu mengganggu perasaanku selamanya kamu akan merana!"si gadis menjelaskan panjang lebar.
"Ouh ea??Ok.."si lelaki tergelak rapi.

Pertemuan pertama bukan bermakna akan adanya pertemuan kedua.Apa itu cinta?Barangkali itu soalan lapuk.Namun ingin ditegaskan di sini cinta hadir dalam pertemuan pertama saat mata bertentang mata.Bukan kali kedua mahupun ketiga.Jilka berulang kali bertemu seterusnya berputiknya cinta itu hanyalah mainan jiwa.Cinta pandang pertama merungkaikan segalanya.

*FLASH BACK BERSAMBUNG*

"Sebenarnya dikala ku berdiri ini sebenarnya ku jatuh."si lelaki menyambung katanya.
"Maksudmu apa?"si gadis tertanya-tanya.
"Ku jatuh cinta padamu di waktu ini di saat ini."si lelaki mejawab perlahan.
"Kamu benar-benar gila!Aku baru mengenalimu!"si gadis menepis lalu pergi.
"Bagaimana dengan harapanku?Ingin mencintaimu?"si lelaki bertanya dengan ghairah.
"Cintailah aku kerna hatiku,bukan kerna hatimu.Itu saja."si gadis menjelaskan.
"Maksudmu apa??"si lelaki hairan.

Tiara bingung sementara.Tumin menantikan jawapan namun Tiara menetapkan pendirian untuk terus pergi tanpa pusing menyepi.Biarlah masa menentukan.Jika mata direnung kembali nanti itulah jodoh namanya.Jika tidak biarlah ia menjadi sketsa cinta sang naga.Kekuatan cinta melahirkan perasaan suka.Di saat kau suka  ada yang kecewa.Di dalam kekecewaan dia pasti ingin bangkit dan terus berlari.Mengukir cinta yang baru.

Mengerti cinta bukan bererti kau arif tentangnya.Ia adalah satu elemen yang bisa membuatkan lelaki hilang keegoan.Membuatkan wanita hilang kepercayaan.Malah membuatkan mereka hilang tujuan.Jangan biarkan kenangan indah membuatkan kau kaku lalu bisu.Jika dia bukan untukmu,teruskan melangkah.Dalam coretan cinta,si dia pasti menantimu di hadapan.

3 comments: