BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 21, 2011

NURUL ISLAM

Nurul Islam.Cahaya Islam.Gadis itu menundukkan wajah kemas.Mata tertutup rapi tatkala mulut mula mengimarakkan kata cinta kepada Allah s.w.t. Air mata berlinangan seakan tahu esok tidak akan hidup lagi.Dalam kesedihan hati mula membisik rapi.

"Ikhlas.Itu yang kau perlu ada Nurul.Semuanya ketentuan ilahi.Yang pergi takkan kembali.Biarkan ia pergi.Sesungguhnya Allah s.w.t. lebih menyayangi ayahanda dan ibundamu sayang.Kini doa darimu penting agar mereka ditempatkan di kalangan para syuhadah.Di kalangan orang yang memperjuangkan Islam."

Aku termenung sebentar melihat kawan baikku itu menahan sebak sendirian.Cahaya senyuman seakan malap dimamah tangisan.Jari yang sebelum ini kering kini basah menampung air mata.Alangkah berat ujian yang ditimpa.Kadang kala dia memandangku tajam mengharapkan sesuatu.Aku bingung.

Aku dan dia.Antara lelaki dan perempuan,Allah mengadakan talian persahabatan.Dalam talian ini,apa yang membuatkannya manis ialah kewujudan perasaan cinta dan pengasihan.Seterusnya ikatan perkahwinan yang menjanjikan kehidupan bersama yang halal dalam menuju kebahagiaani.Ku ingat lagi kata-kata Ustazku kepadaku.

"Perzinaan tidak berlaku sekiranya kesopanan dijaga dan Allah ditakuti.Maka sebaiknya berkahwin.Perkahwinan yang disuruh Allah adalah lawan bagi amalan zina."

Persoalannya dapatkah ku ungkapkan apa yang ku rahsiakan kepadanya Nurul Islam?Rahsia cintaku.

2 comments: